Pemantauan pengurusan akademik merupakan salah satu proses penyemakan segala aktiviti berkaitan dengan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP). Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam pemantauan ini dengan memastikan segala polisi, dasar, garis panduan, surat arahan dan surat pekeliling yang telah ditetapkan dipatuhi serta dirujuk.
Di Politeknik dan
Kolej Komuniti, pemantauan ini dijalankan melalui proses Penaziran Akademik
atau singkatannya PeNA. Proses PeNA akan melihat kepada kurikulum, pelaksanaan
PdP serta pentaksiran yang dijalankan oleh institusi-institusi. PeNa juga
berperanan :-
- Menyediakan saluran komunikasi (maklumbalas, idea / pandangan, perkongsian dan cadangan) antara sektor akademik JPPKK bersama ahli pengurusan tertinggi institusi.
- Mengesyorkan cadangan tindakan, aktiviti pembetulan dan penambahbaikan berkaitan.
- Memantapkan amalan pengurusan yang baik serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
GARIS PANDUAN PENAZIRAN AKADEMIK EDISI 2019